Friday, February 14, 2014
8:11 AM 0

Rebus Telur Guna Air Kencing??


Bau aroma telur yang di rebus menggunakan air kencing akan melakat di hidung orang awam yang lalu lalang di sekitar kawasan kaki lima di Dongyang, China. Hal ini terjadi apabila, terdapat penjual yang menjual makanan yang menggunakan telur yang direbus dengan air kencing. Menurut penjual tersebut, telur yang digunakannya akan direbus terlebih dahulu menggunakan air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia bawah 10 tahun.

Sememangnya perkara ini amat luar biasa bagi stigma masyarakat kita, namun perkara ini sebenarnya sudah menjadi tradisi yang telah diamalkan sejak berabad lamanya lagi. Walaubagaimana pun, tiada sebab yang jelas mengapa telur tersebut harus direbus menggunakan air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia bawah 10 tahun. Namun begitu, orang-orang tempatan di sana mengatakan bahawa, telur tersebut merupakan satu jamu kesihatan yang luar biasa.

"Dengan memakan telur seni berbau ini, anda tidak akan mendapat strok"

Inilah antara penjelasan Gee,51 terhadap telur anak perawan yang dijualnya tersebut. 

0 comments:

Post a Comment