Tuesday, January 14, 2014
6:31 AM 0

Sebab Penahanan "Sultan Melaka"- Menteri Dalam Negeri


Sebelum ini negara telah dihebohkan dengan berita seorang invidu yang bergelar, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka. Isu hangat ini mencapai fasa klimaksnya pada 10.50 pagi tadi (14 Januari 2014) selepas pihak polis membuat tangkapan terhadap inividu yang berasal dari Jasin, Melaka yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan menuntut takhta kesultanan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi penahanan yang dibuat ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri Melaka. Jika melihat kembali kepada sejarah Melaka, Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan tiada lagi sultan selepas itu di negeri bandaraya bersejarah itu.

Tambahan pula, apabila British membentuk Negeri-Negeri Selat yang menggabungkan Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, jika menurut Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana individu tidak boleh mendakwa dirinya sebagai sultan atau menuntut takhta kesultanan di negeri-negeri tersebut.

"Mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menuntut takhta kesultanan Melaka bolehlah melupakan hasrat tersebut kerana menurut Perlembagaan Negara dan undang-undang negeri di samping fakta sejarah membuktikan mereka tidak mempunyai hak ke atas itu." ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

ANDA MUNGKIN BERMINAT MEMBACA:


0 comments:

Post a Comment