"Air di dalam kolam menjadi ais, embun juga membeku ketika menitis sehingga kelihatan seperti salji."
"Atmosfera pada saat itu redup, bergerimis dan dinginnya mencengkam tulang rusuk. Air yang menjadi ais mencapai ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.
"Inilah kali pertama saya merasa keadaan begini sejak enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi di Asia Tenggara. Semua laluan bertangga di kawasan puncak telah diseliputi dengan ais."Itulah kata-kata Nais Momin,45 iaitu penunjuk arah yang digelar 'Malim Gunung Kinabalu' menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu pada 15 Januari lalu.
Dia menambah bahawam air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ramai pendaki menganggap itu adalah salji, tetapi Nais berpendapat sebaliknya, kerana salji akan kelihatan putih seperti kapas apabila jatuh ke bumi.
Menurut Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaiji Sumail, pembekuan air kolam di puncak gunung sememangnya jarang berlaku, dan kali terakhir dia mendengar cerita tersebut adalah ketika 30 tahun yang lalu. Kebiasaannya ais ditemui di puncak gunung pada musim kemarau akan kelihatan nipis dan cair tetapi kali ini ais tersebut begitu tebal dan berlaku pada musim hujan.
"Saya percaya ia disebabkan cuaca dingin yang dibawa oleh angin kencang di kawasan puncak gunung" katanya lagi.
"Suhu tercatat di puncak Gunung Kinabalu pada jatuh hingga negatif dua darjah Celcius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celcius sebelum ini." kata Jenny Jane, 29 seorang kakitangan Taman-Taman Sabah.Menurut Jenny, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatatkan dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celcius, sejak seminggu lalu. Sememangnya pada kali ini cuaca lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian terpaksa dibatalkan.
Sehubungan dengan itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin berkata keadaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan seuhu sehingga mencapai kosong darjah Celcius adalah perkara biasa. Dakwaan saji turun adalah tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa salji.
0 comments:
Post a Comment