Tuesday, January 28, 2014
4:40 AM 0

Hafiz Hamidun Lamar Heliza Helmi??


Penyanyi Islamik, Hafiz Hamidun semamangnya cukup terkenal di seluruh negara ini malah namanya turut disebut-sebut di Indonesia. Pencapaian yang progresifnya dalam bidang nyanyian bercorak Islamik amat membanggakan sehingga dia pernah menduduki tangga kedua di dalam carta i-Tunes.

Sebelum ini dia dikatakan bakal mengahwini seorang wanita dari Indonesia namun hasratnya tersebut terkubur setelah wanita tersebut mengahwini lelaki lain secara senyap-senyap.

Baru-baru ini timbul satu dakwaan bahawa Hafiz Hamidun telah melamar seorang selebriti tempatan yang bertudung iaitu Heliza Helmi. Walaubagaimana pun, menurut sumber, perkara tersebut telah dinafikan oleh mereka berdua.


"Saya sudah pun 18 tahun terlibat dengan nyanyian tetapi saya tidak mempunyai rakan yang ramai. Sejak kebelakangan ini saya merasa begitu sunyi dan bosan hidup membujang"
Itulah kata-kata Hafiz Hamidun apabila ditemui pihak media semalam. Dia memberitahu bahawa, dia sekarang ini bersedia menerima sesiapa sahaja jodoh yang telah ditentukan Allah SWT kepadanya walaupun bukan dari kalangan artis.

"Dalam soal perkahwinan, saya hanya berhak 50% selebihnya bergantung kepada pihak sebelah sana sama ada menerima atau tidak. Tidak kira sesiapa pun. Boleh bercinta selepas kahwin. Andainya orang di sebelah sana menolak saya menerima keputusan itu."

0 comments:

Post a Comment