Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts
Thursday, July 17, 2014
6:47 AM 0

TERKINI! Inilah Senjata Baru Yang Digunakan Israel Untuk Membedil Palestin


Serangan tentera Zionis masih berterusan sehingga hari ini sejak awal Ramadhan lalu dan tentera al-Qassam yang merupakan sayap daripada tentera Hamas tidak pernah berputus asa mempertahan bumi Islam tersebut. Marilah kita sama-sama doakan keselamatan dan kemenangan umat Islam di sana.

Terbaru awal page tadi, (17 Julai 2014) Tentera Israel laknatullah satu senjata baru untuk membedil Plestin. Mereka telah menggunakan bom meriam yang mengandungi letupan berupa paku-paku kecil. Paku-paku tersebut telah mencederakan lebih ramai mangsa di Palestin. 

Bom ini digunakan penjajah pada pagi tadi si Khuza'a, Timur Khan Yunis. Gambar  di atas menunjukkan paku-paku tersebut yang dikutip oleh penduduk tempatan.

#PRAY4GAZA #FREEPALESTINE
5:46 AM 0

Inilah Ahli Politik Israel Yang Cantik Tetapi Berhati Sampah!


Melihat rupanya dari luar anda pasti menilainya sebagai seorang yang wanita yang cantik. Namun, anda sudah membuat satu kesilapan jika hanya melihatnya dari segi luaran. Itulah yang boleh dikatakan tentang ahli politik di negara Israel, Ayelet Shaked. 

Dia mendapat perhatian ramai sebagai seorang ahli politik yang cantik. Namun, hatinya yang umpama sampah membuatkan kecantikan itu tiada nilai lagi. Untuk makluman pembaca, dia pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini:

"Mereka para ibu di Palestin harus dibunuh, rumah mereka perlu dibakar agar mereka tidak lagi melahirkan keturunan pengganas. Mereka adalah musuh kita dan perlu mati di tangan rejim Zionis."
Itulah antara kata-kata yang lahir dari hati busuk wanita ini. Dia antara orang-orang yang membangkit-bangkitkan rakyat Palestin sebagai pengganas dan menghalalkan darah rakyat Palestin di bunuh.


Wednesday, July 16, 2014
11:38 PM 0

Koleksi Gambar Pokok Yang Pelik-Pelik Lagi MENYERAMKAN!!! [6 Gambar]

Kini, manusia tidak lagi memandang perkara yang normal sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan mereka. Kebanyakannya kalo boleh nak 'rare' je dari orang lain. Pelik-pelik ke, buruk ke takpe asalkan lain daripada orang lain. Tidak dapat dinafikan, pencarian kepada penemuan baru spesis hidupan di muka Bumi ini pun kian pelik-pelik. Daripada spesis haiwan sampai la kepada tumbuhan atau pokok. Haa . .citer pasal pokok ni ada benda yang admin nak kongsikan dengan. Nah admin kongsikan buat semua pokok-pokok yang dijumpai dengan strukturnya yang agak pelik. Saksikanlah . . . .







Macam mana semua? Pelik bukan? Gambar pokok-pokok ini semua diambil dari serata dunia. Sampaikan spesis yang boleh 'kung fu' pun ada tu (gambar 2). Tak tahulah pokok apa ke nama tu kan. Tapi yang pasti berasal dari China tu. Hahahaha... Sekadar perkongsian buat semua. Harap terhibur . . .

3:05 AM 0

GEMPAR!! Hujan Batu Sebesar BOLA GOLF Menghempas Pengunjung Di Pantai


Aktiviti beriadah bersama keluarga serta sahabat handai menjadi tragedi yang 'pahit' dan tidak terduga bagi para pengunjung sebuah pantai. 

Ini berikutan terjadinya fenomena 'hujan batu' yang amat dahsyat dengan ketulan-ketulan seperti ais sebesar bola golf jatuh dari langit menyebabkan suasana menjadi haru biru melihatkan semua pengunjung pantai bertempiaran lari. 

'Hujan batu' berlaku di pantai Ob River, Siberia ketika para pengunjung pantai tersebut sedang leka berseronok sambil bermandi manda. 

Melalui rakaman video yang disebarkan di YouTube, pengunjung pantai tersebut yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak bertempiaran lari sambil menjerit dan menangis ketakutan ketika mencari tempat untuk berlindung.

 Jelas kelihatan melalui rakaman ketika kejadian tersebut ketulan batu sebesar bola golf menghempap orang ramai yang tidak sempat berlindung. Mari sama-sama kita lihat rakaman sebenar di tempat kejadian.


sumber : #kosmo.com

Tuesday, July 15, 2014
11:38 PM 0

SUNGAI PUAKA!! Tetap Disukai Ramai Untuk Mandi Walaupun 9 Orang Telah Mati [6 Gambar]



'Texas River' merupakan sebuah sungai yang agak misteri kerana mempunyai sebuah lubang yang mempunyai kedalaman sehingga 30 kaki.

Kalau anda berpeluang datang ke sungai ini adakah anda begitu 'lelaki' untuk melompat ke dalam lubang sedalam 30 kaki ni?

Jika difikirkan logik memang tiada siapa yang seberani itu untuk melompat ke dalam lubang yang begitu dalam ini. Tapi yang menghairankan, aktiviti seperti inilah yang paling digemari oleh orang ramai yang berkunjung ke sungai tersebut.

Lubang ini yang dinamakan 'Jacob's Well' dijumpai oleh seorang peneroka ketika melalui 'Texas River' pada tahun 1850. 'Jacob's Well' ini juga hampir dinobatkan sebagai 7 Keajaiban Dunia dek kerana keunikannya.

Tempat ini sememangnya amat berbahaya untuk dijadikan sebagai tempat melakukan aksi terjunan. Tapi itulah yang diminati pengunjung yang tidak pernah serik dengan insiden-insiden yang pernah terjadi.

Dikhabarkan, seramai 9 orang telah mati di Jacob's Well tersebut. Jadi, kalau anda berkesempatan untuk datang ke Jacob's Well ini berhati-hatilah apabila ingin mencuba melakukan terjunan. Jika anda tersasar, mungkin itu bakal menjadi terjunan terakhir ANDA!!
7:27 AM 3

MISTERI!!! Siapa Lelaki Tua Ni? Pasti Anda Terkejut Dengan Identitinya Yang Sebenar


Siapa lelaki tua yang kelihatan segak ini? Pastinya anda semua akan terkejut 'beruk' apabila mengetahui identiti sebenar lelaki tua ini. Kalau nak tahu jom tengok gambar dibawah ini.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
V

Hah! Da agak da. Mesti mamat ni punya. Hahaha. . .Dari segi penampilan tu memang admin pun mula-mula tak kenal. Tapi bila tengok balik gambar kat atas tu dengan perangainya yang selalu 'gila-gila' buat admin cam pelakon Hollywood terkenal ni.

Sebenarnya lelaki tua dan botak 'tengah' dalam gambar di atas tu ialah pelakon terkenal Johnny Depp. Gambar-gambar tersebut menunjukkan beliau yang sedang mengambil pengambaran filem terbaru beliau.

Admin agak suka lakonan Johnny Depp dan filem ini pastinya akan menjadi lebih menarik dengan penampilan beliau sebegini.


Monday, July 14, 2014
3:30 PM 0

MENGERIKAN!! Detik-Detik Pelumba Lari Mengalami Patah Kaki Ketika Perlawanan [6 Gambar]

Menjadi atlet yang profesional ataupun secara amatur, pastinya tidak akan dapat lari daripada risiko mengalami kecederaan lebih-lebih lagi kepada atlet yang sering fokus dan mementingkan kelajuan.

Ketika berlari, badan kita terutamanya tulang dan otot-otot mendapat hentakan yang berterusan dalam kadar yang tinggi.

Apabila gerakan tubuh kita tidak sinkron ketika berlari dengan kelajuan tinggi, maka akibatnya boleh fatal iaitu mengalami kecederaan yang serius.

Lihatlah contoh yang ingin admin tunjukkan pada anda semua akibat dari gerakan tubuh yang tidak sinkron ketika berlari. MENGERIKAN!!! Mari sama-sama kita lihat beberapa foto di bawah.







Atlet ini dikatakan berasal dari Afrika Selatan dan mengalami kejadian 'mengerikan' ini ketika dalam perlumbaan 100 meter di Atietik Nasional yang bertempat di Afrika Selatan. Dia dilaporkan mengalami patah tulang di bahagian kaki yang teruk, lalu terus digegaskan ke hospital.

9:43 AM 0

TERKINI!!! "Burung Ababil" Buatan Al-Qassam Pula Membedil Israel Laknatullah

Serangan demi serangan dari Israel terhadap penduduk di semenanjung Gaza, Palestin dapat kita ketahui melalui media-media massa yang begitu pantas membawa berita terkini. 

Penggunaan teknologi canggih yang Israel miliki membuatkan mereka berasa angkuh dan 'gah'. Mereka tidak sedari dalam diam-diam, rakyat di Gaza juga memiliki teknologi canggih yang setanding dengan mereka.

Baru-baru ini, Israel dikejutkan dengan roket J8o milik tentera Al-Qassam yang secara tiba-tiba 'singgah' di pusat bandar negara mereka. 

Tidak cukup dengan itu, serangan demi serangan dilancarkan oleh tentera Al-Qassam yang nyata membuatkan Yahudi laknatullah ini kecut perut. 
Ababil - pesawat canggih kawalan jauh milik Al-Qassam

Terkini,  Al-Qassam membuat kejutan lagi dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama "Ababil", sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil. 

Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan! Hidup Islam! Allahuakbar!!
7:51 AM 0

TERBONGKAR!! Kelemahan Israel Yang Tidak Diketahui Ramai

Kisah Yang Membongkarkan Kelemahan Israel


Datangnya kisah ini daripada seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil ketika berkongsikan pengalamannya berdakwah di Jordania. Kisah ini bermula ketika Syaikh Maulana Tariq Jamil baru sahaja selesai solat subuh di masjid berdekatan Jordania.

Secara tiba-tiba sahaja Syaikh Maulana Tariq Jamil ternampak seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid. Setelah melihat sebentar sahaja dia terus hendak berlalu pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel tersebut dan bertanyakan apa yang sedang dia lakukan.

"Saya sebenarnya hanya ingin melihat berapakah jumlah orang Islam yang hadir solat subuh berjeamaah di Masjid," kata tentera Israel tersebut. Syaikh Maulana Tariq Jamil yang kehairanan lalu bertanyakan pula kepada tentera Israel itu, "Mengapa perlu berbuat demikian?".

Lalu dia pun menjawab, "Di dalam kitab kami (Taurat) ada tertulis yang jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah sama dengan ketika solat Jumaat, maka saat itu Israel akan HANCUR!!"


Sunday, July 13, 2014
8:14 AM 0

Inilah Cara Kejam Kerajaan China Banteras Golongan Gelandangan Bawah Jambatan


Jika sebelum ini negara China dilabelkan kejam oleh masyrakat dunia kerana membuat undang-udang keluarga yang mewartakan hanya seorang anak bagi setiap pasangan suami isteri, jika ada anak yang kembar lahir, salah seorang perlu dibunuh. 

Terbaru, mereka sekali lagi menggunakan kaedah yang kejam, tetapi kali ini dalam menangani golongan gelandangan bawah jambatan. Jika melihat 'landskap' di bawah jambatan di sekitar Guangzhou dan Shenzen, jelas kelihat kepingan berbentuk piramid yang tajam pada lantai.

Kepingan tersebut diperbuat daripada simen yang sengaja dibina meruncing untuk mengelakkan golongan yang tiada tempat tinggal tidur di bawah jambatan tersebut.

Jom lihat gambar-gambar di bawah ini:




Saturday, July 12, 2014
4:52 PM 0

TERKINI! Takut Juga Rejim Zionis Diboikot Oleh Dunia


Dalam kezaliman dan keangkuhan rejim Zionist membuat serangan terhadap Gaza dan Palestin, rupa-rupanya terdapat juga perasaan gentar dari mereka selepas ancaman dan ugutan masyarakat di seluruh dunia yang ingin memboikot negara tersebut dan segala produk dari negara tersebut.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata masalah yang besar akan timbul jika kempen memboitkot negaranya benar-benar dilaksanakan.

Antara yang tergempar adalah Britain mendesak Netanyahu agar mengadakan mesyuarat besar-besaran dengan kabinet negara Israel untuk mencari solusi kepada perkara ini.

“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel, maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” katanya menurut laporan Jerusalem Post.
Sebelum ini, pada Februari lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry pernah membuat ancaman untuk memboikot negara tersebut seandainya rundingan damai antara Israel dan Palestin tidak berjaya dilakukan.

Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.

Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid turut mengingatkan beberapa kali bahawa jika kempen boikot itu benar-benar dilaksana terutama dari negara-negara Eropah, maka hubungan perdagangan terbesar di negara mereka akan terhenti.

“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.
4:17 PM 0

JOM TENGOK! Inilah Bandar Yang Paling Menyeramkan dan Paling Kotor Di Dunia


Mungkin pembaca semua mengenali ibu kota Mesir, Kaherah atau nama antarabangsanya, Cairo. Bandar Kaherah sememangnya maju dan cantik sebagai ibu kota Mesir. Namun mungkin pembaca semua jarang mendengar tentang bandar setinggan Manshyiat Naser yang terletak di pinggir Kaherah.

Hari ini penulis ingin membawa pembaca semua untuk mengenali setinggan Mansyiat di mana masyarakat yang tinggal di situ bergantung kepada SAMPAH untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Penduduk di situ digelar sebagai Zabbaleen dikatakan membawa sampah ke kawasan mereka di mana sampah-sampah tersebut diangkut dengan trak, troli dan sebagainya untuk menyusun apa saja bahan buangan yang boleh dikitar semula.

Dari situlah bandar Manshyiat Naser diberi jolokkan sebagai 'Bandar Sampah'.


Jom kita lihat gambar-gambar permandangan Bandar Manshyiat di bawah ini:





4:08 AM 0

MELAMPAU! Kehidupan Sosial Terlampau Mewah Di Dubai [14 Gambar]

Kalau nak cerita pasal bandar paling kaya di dunia ini, memang tak kalah punya lah apa yang diorang ni ada. Emas dan permata tu perkara biasa. Punyalah kaya sampai binatang peliharaan bukan lagi kucing atau anjing, tapi HARIMAU takpun SINGA! Perghhh ... Memang kaya habis ni. Lagi dasyat, makanan haiwan peliharaan tu bukannya calang-calang makanan. Takde dah nak bagi daging lembu ke kambing ke ayam ke nak buat makanan harimau dengan singa tu. Dibaginya IKAN YU terusss . . . Haaa ... Tu dia kaya tak kaya. Nak tahu banyak lagi? Scroll down, tengok la sendiri ragam-ragam pak Arab kaya-raya di Dubai ni . . . .

















Amacam? Terkezut tak? Mana tak terkejut. Traffic jam kat Dubai tu penuh sesak dengan kereta Ferrari takpun Lamborghini ja. Memang betol-betol kaya ni. Belum tengok rumah-rumah diorang apa semua lagi ni.
Malaysia bila lagi? Tunggu 10 tahun lagi pun belum tentu jadi macam ni . . .Hahahaha . . .